Apa saya nak buat selepas Hanis tiada? Saya dah tak perlu beli susu, pampes. Dah tak ada pergi Kuantan atau IJN untuk rawatan Hanis. Duit tak luak. Tak ada mood nak shopping semua.
Suatu hari terpandangkan Pandora. Cantik. Harganya memanglah mahal tapi geram tengok design dia comel2 dan caantik2. So saya try beli satu set. Order dgn Kak Dee Jns masa tu dia pergi USA. Harga dalam 3 ratus lebih kalau tak silap.
Pandora pertama. Simple kan? tapi cantikkkkk sangat.
Tapi gatal-gatal tangan join group Pandora Lovers. Terperangkaplah saya. Gila tengok semua cantik..semua lawo dan yang pasti semua mahal. Syaitan mula menghasut dan mulalah mengorek2 duit mana yang ada.
Nafsu perempuan memang dashyat. Kira-kira beribu jugaklah abis.
Kemudia mood ber pandora hilang ke laut. Malas dah. Kena cari hobi baru pulak. Yang kaler biru, saya punya. Banyak lagi tp gambar dh buang. Semua pandora tersimpan macamtu aje. Kadang-kadang ayong pakai gilir2. Ada kira-kira 4 gelang pandora pada saya. Banyak lagi tapi dah jual. Dapat duit buat guna untuk hobi lain pulak.
Sekian
Bangkit Kembali- NIKMAT Yang Tidak Dapat Didustakan
Posted by
Unknown
at
23:07
6 November 2013.....lamanya tak update blog ni.
6.11.2013 - 6.11.2014 setahun lamanya
7.11.2014 - 7.11.2015 dah masuk 2 tahun
8.11.2015 - 8.12.2015 sebulan
Maknanya selama 2 tahun 1 bulan ( 25 bln) saya tak update blog ni. Kenapa yek? kenapa..kenapa..kenapa..Why?
Pertama sebab terlalu sedih, hilang segala segala-galanya kemahuan hidup.
Bermula dari hari itu,
Sebahagian hidup saya sudah hilang. Allah dah ambil satu bahagian isi dari hati saya.
Dan bahagian itu kosong tidak boleh ditampal kembali.
Bahagian yang kosong itu adalah bukti kehilangan sebuah kasih sejati melebihi seorang kekasih, tidak melampaui cinta seorang hamba.
"Indeed... losing a child, no matter what age makes your heart break in a places that u never knew existed.. to lose a child, is to lose a piece of yourself...."
Iye..terlalu pedih untuk dikongsikan. Biarlah ia berlalu.
Selama 25 bulan banyak perkara indah yang saya kecapi. Bila saya ikhlas meredhakan pemergian Hanis, saya dihujani pelbagai nikmat dan hikmah yang Allah janjikan. MashaAllah..tiada kata dapat menggambarkan, hanya perkataan syukur..syukur dan syukur atas nikmat Allah.
31 ayat daripadanya Allah bertanya.
Antara nikmat Allah yang saya terima :
Kehadiran seorang lagi cahaya mata yang comel SYAFI NUR HANNAN diberi nama. Seindah wajahnya. Saya akan pelihara dia sebaik-baiknya dan menyayangi dia sebagaimana saya menyayangi IZZSQ. Juga sebagaimana kasih sayang sayang pada HANIS.
Tiba-tiba saya mempunyai sepasang kembar yang sungguh comel. Kedua-duanya dilahirkan pada hari Selasa bersamaan 7 April 2015. Indah sungguh dunia saya dengan kehadiran Malaikat Kecil ini.
Ini lah 3 peristiwa besar yang berlaku kepada saya setelah episod pahit dalam hidup saya. Episod pahit akan terus meninggalkan parut di dalam hati bersama kerinduan terhadap HANIS yang tidak pernah berkurangan.
Sekian dulu, come back dari saya.

Dan ada waktu kekosongan itu disapa sebuah perasaan dinamakan kerinduan.
Saya tidak akan mampu bernafas mahupun bernyawa.
Saya hanya mampu menggengam erat nama Allah dalam hati. Membujuk jiwa. Mempasakkan iman.
Ada ketika saya terlupa akan bahagian yang kosong itu dalam masa yang berlalu.
Tetapi akan ada waktu yang hadir akan membuatkan kita terjunam di dalam lubang itu.
Dan ketika itu.
Tahulah saya,.
Kekosongan itu pasti.
Tiada ganti.
Tidak berlalu.
Ia wujud.
Dan adanya ia sebagai bukti.
Sebuah kehilangan
Seorang anak.

Nikmat2 Yang Allah
Nyatakan dalam Surah AR-RAHMAN.
Surah Ar-Rahman yakni surah ke 55 ada 78 ayat.
31 daripadanya Allah bertanya:
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu
hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?".
31 kali bukanlah satu jumlah yang sedikit. Secara mudah, surah ini
menyebutkan banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita. Menurut
seorang ahli tafsir yang mengkaji surah ini; beliau mengatakan bahawa
pertanyaan Allah ini adalah bertujuan nak minta/dapatkan pengakuan
daripada manusia dan jin dengan berkata; "SEMUA NIKMATMU BENAR! YA
ALLAH! tidak ada satupun nikmatMu yang dapat kami dustakan".
PERINCIAN bagi 31 ayat-ayat itu ialah 8 KALI daripadanya berkaitan
dengan nikmat kehidupan di dunia (Langit, bumi, tumbuh2an, pengajian,
pekerjaaan dan lain-lain). 7 KALI berkaitan dengan ancaman siksa di
akhirat (memberitahu apa jenis siksa agar kita hindari) 8 KALI berkaitan
dengan yang ada di syurga pertama (syurga dunia) yakni ketenangan,
kebahagiaan, keredhaan berlainan dgn 8 yang mula2 tadi berkaitan dengan
material. Dan 8 TERAKHIR berkaitan dgn nikmat di syurga kelak.
Kaitan dengan syukur ialah apabila kita pandai bersyukur kepada nikmat
pada 8 KALI yang PERTAMA kita akan tidak tertimpa 7 BENCANA yang disebut
dalam 7 KALI yang berikutnya.
Ya Allah! semua nikmtmu benar ya Allah. Tidak ada satupun nikmatMu yang
dapat kami dustakan".
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/f

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Sedikit petikan Nikmat-Nikmat yang Allah nyatakan dalam Surah SURAH AR-RAHMAN (78 ayat).Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
31 ayat daripadanya Allah bertanya.
"MAKA YANG MANA SATU DI ANTARA NIKMAT-NIKMAT TUHAN KAMU, YANG HENDAK KAMU DUSTAKAN (WAHAI UMAT MANUSIA DAN JIN?"
31 kali bukanlah satu
jumlah yang sedikit. Secara mudah, surah ini menyebutkan banyak nikmat
yang Allah berikan kepada kita. Menurut seorang ahli tafsir (TAK DAPAT
NAK CATATKAN NAMANYA KRN KELEMAHANKU mendictate) yang mengkaji surah
ini; dia mengatakan bahawa pertanyaan Allah ini adalah bertujuan nak
minta/dapatkan pengakuan daripada manusia dan jin dengan berkata; "SEMUA
NIKMATMU BENAR! YA ALLAH! tidak ada satupun nikmatMu yang dapat kami
dustakan".
PERINCIAN bagi 31 ayat2 itu ialah 8 KALI daripadanya berkaitan dengan
nikmat kehidupan di dunia (Langit, bumi, tumbuh2an, pengajian,
pekerjaaan dan lain-lain). 7 KALI berkaitan dengan ancaman siksa di
akhirat (memberitahu apa jenis siksa agar kita hindari) 8 KALI berkaitan
dengan yang ada di syurga pertama (syurga dunia) yakni ketenangan,
kebahagiaan, keredhaan berlainan dgn 8 yang mula2 tadi berkaitan dengan
material. Dan 8 TERAKHIR berkaitan dgn nikmat di syurga kelak.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
31 bukanlah satu jumlah yang sedikit. Secara mudah surah ini menyebutkan banyak nikmat yang Allah beri kepada kita.
Antara nikmat Allah yang saya terima :
Dapat menjejak kaki ke tanah suci mengerjakan Umrah sekeluarga bersama suami, ayong dan abang. Kami berempat pergi setelah 9 bulan pemergian Hanis.
Kami gembira, sedih, pilu..bercampur baur semasa di sana. Saya akan ceritakan dalam update seterusnya nanti.
Antara nikmat Allah yang saya terima :
Saya pergi ke Mekah pada bulan Mei 2014. Pada bulan Julai 2014 sebulan selepas itu, saya disahkan MENGANDUNG ! Allahuakbar...nikmat apa lagi yang saya nak dustakan.
Selama 9 bulan saya mengandung tanpa masalah kecuali dipaksa bersalin pada usia kandungan 38w kerana tekanan darah tinggi sikit 140/90. Turun naik turun naik, doktor tak nak ambil risiko. Bersalin lah saya seorang Malaikat Kecil yang wajahnya persis Hanis.Baby boy saya ni diberi nama WAN MUHAMMAD IZZ SHAUQI
Antara nikmat Allah yang saya terima :
Kehadiran seorang lagi cahaya mata yang comel SYAFI NUR HANNAN diberi nama. Seindah wajahnya. Saya akan pelihara dia sebaik-baiknya dan menyayangi dia sebagaimana saya menyayangi IZZSQ. Juga sebagaimana kasih sayang sayang pada HANIS.
Tiba-tiba saya mempunyai sepasang kembar yang sungguh comel. Kedua-duanya dilahirkan pada hari Selasa bersamaan 7 April 2015. Indah sungguh dunia saya dengan kehadiran Malaikat Kecil ini.
Ini lah 3 peristiwa besar yang berlaku kepada saya setelah episod pahit dalam hidup saya. Episod pahit akan terus meninggalkan parut di dalam hati bersama kerinduan terhadap HANIS yang tidak pernah berkurangan.
" IBU TIDAK AKAN SEKALI-KALI MELUPAI DIRIMU WAHAI ANAKKU HANIS, PENGHUNI SYURGA. DAMAILAH DIKAU DISANA, DISISI PENCIPTAMU YANG MAHA ESA. IBU MENYIMPAN SERIBU SATU KENANGAN BERSAMA HANIS. DI HARI-HARI AKHIR HANIS MEMEJAMKAN MATA DIBAHU IBU. ALLAHUAKBAR. NANTIKAN IBU DI PINTU SYURGA..."
"Sesungguhnya dariMu kami datang, dan kepadaMu jua kami kembali. Daku memulangkan kepadaMu, Ya Allah, anakku."
"Sesungguhnya dariMu kami datang, dan kepadaMu jua kami kembali. Daku memulangkan kepadaMu, Ya Allah, anakku."
Sekian dulu, come back dari saya.
0
comments
Labels:
happy,
hati ibu,
sedih
Kuih Talam Suji
Posted by
Unknown
at
21:54
Salam...
Sejak Hanis tinggalkan ibu, ibu banyak masa terluang. Hanis taknak susahkan ibu kan? Sebab tu Hanis pergi dulu.. Sekarang ibu rajin ke Masjid untuk solat Subuh dan solat Isyak. Ibu rajin solat malam dan juga baca Al-Quran serta surah-surah dan juga berzikir. Alhamdulillah..ibu harap Allah sudi pandang ibu dan terangi jalan gelap ibu. Ibu nak bersama Hanis di Syurga nanti..bersama abah, ayong dan abang.
Hari ini Khamis malam Jumaat..Hari yang yang ibu nantikan setiap minggu sebab ada bacaan Yasin ramai-ramai dengan jemaah masjid. Selepas solat Isyak ada jamuan makan. Hari ni dalam sejarah, ibu nak buat kuih talam suji..nak jamu jemaah masjid. Kebanyakkan jemaah terdiri dari orang yang agak berusia..sebab tu ibu pilih kuih ni..Ibu harap menjadi dengan bantuan ayong dan abang nanti.
Kemudian esoknya ibu, abah, ayong dan abang akan ke pusara Hanis..kami akan bacakan Yasin sekali bersama-sama dan jiruskan air di pusara Hanis, Atuk dan Alang. Seronok pergi kubur pada pagi Jumaat sebab ramai keluarga datang bacakan Yasin dan jiruskan air Yasin di pusara sedara mara masing-masing. Kira meriah lah Tanah Perkuburan Islam Rompin..
Sekejap lagi ibu nak buat kuih talam suji...Bismilahirahmanirahim..harap2 menjadi.Nanti step2nya akan di share kan gambar berserta resepi yang di copy sekali.
Ni kuih orang..kuih ibu nanti kita share
0
comments
Labels:
kuih,
Sayu
Posted by
Unknown
at
19:58
Hari ini satu kematian berlaku dalam keluarga Majlis. Kali anak dua orang kakitangan Majlis (suami isteri adalah kakitangan). Berturut-turut kematian menjengah. Mula-mula Ar Hanis awal bulan Ogos 2013..kemudian kakitangan Majlis sendiri Arwah Nana (sakit kanser payudara)..kemudian emak Penolong Akauntan (sakit buah pinggang)..kemudian isteri bekas kakitangan Majlis (sakit kanser payudara) dan yang terbaru anak ni yang sebaya dengan Ayong baru 18 tahun.
Sedihnya Allah je yang tahu, tambah lagi anak ini sorang oku yang amat disayangi keluarganya. Ibu amat memahami apa yang dirasa oleh ibubapa dia. Sekarang ada tambahan ahli baru di Tanah Perkuburan Islam Rompin. Ibu memang selalu memerhati bangsal wakaf tu. Kalau berubah kedudukan mesti ada kematian. Dan ibu rasa seolah-olah kawan Ar Hanis bertambah ramai. Ibu rasa gembira bila ramai yang menziarahi kubur supaya ahli ahli kubur tidak kesepian.
copy & paste
Adab Apabila Berlaku Kematian Ustaz, kadang-kala bila melawat ketempat kematian saya memerhatikan, ada scenario yang agak common berlaku. Ada pelawat yang datang bila bertemu member duduk berkumpul dan mula bercerita perihal yang tidak perlu dibualkan. Ada pernah saya terdengar pelawat ini menanyakan soalan yang sangat peribadi dihadapan tetamu. Ini sangat menjatuhkan air muka anak muda itu.
Apakah sebaik2nya adab ketika melawat bukan ahli keluarga? Untuk keluarga yang dekat atau untuk ibu-bapa bagaimana pula?
Seandainya kita ingin membaca Yasin, mana lebih baik, baca tanpa mengeluarkan suara atau dibolehkan membaca dengan kuat? Ada yang mengatakan suara wanita bila mengaji dikira aurat.
Ada juga yang mengatakan bila mayat diatas katil, kita tidak harus duduk dilantai bila membaca Yasin, tetapi harus duduk diatas kerusi.
Soalan yang terakhir, ialah, sering kali kita lihat setelah mayat keluar dari rumah, keluarga simati akan mula sibuk ke dapur menyiapkan juadah untuk pelawat yang masih ada disitu.
Boleh Ustaz kongsi pandangan mengenai perkara-perkara ini. T/kasih.
Jawapan: Waalaikumsalam Wr.Wb. Saudara, Berikut jawapan saya:
1. Perlu menghormati rumah keluarga yang baru mengalami kematian. Pastikan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan keluarga si mati seperti banyak berlawak jenaka, berbual dengan suara yang tinggi atau bercerita perkara yang bukan-bukan.
2. Elakkan juga terlalu banyak bertanya kepada sanak keluarga si mati seperti bertanyakan sebab-sebab kematian, punca penyakit dan sebagainya. Sebaliknya lakukan perkara-perkara yang boleh menenangkan perasaan mereka seperti ingatan supaya banyak bersabar dan segala yang berlaku merupakan ujian daripada Allah dan balasan serta ganjaran yang sedia menanti bagi orang-orang yang bersabar.
3. Membaca Quran dengan suara yang sederhana, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
4. Sebaiknya keluarga si mati tidak perlu disibukkan dengan urusan memberi jamuan kepada pelawat yang hadir. Jika adapun, boleh dilakukan selepas urusan penyenggaraan mayat telah selamat diselesaikan.
5. Tiada sebarang syarat untuk duduk di atas kerusi membaca Quran jika mayat berada di atas katil.
Wallahu A’lam.
0
comments
Labels:
sedih
Bila Kesayuan Datang Menghimpit
Posted by
Unknown
at
01:39
Hari ni ibu rasa sedih sesangat. Entahlah dik, malam semalam ibu asyik marahkan abang. Kesian abang..asyik kena marah aje, salah tak besar mana pun. Ibu pun tak tahu sebab jadi begitu..tiba2 aje. Selalu macam tu. Pagi tadi selepas hantar abang ke sekolah, ibu terus ke pusara adik. Ibu menangis di situ sehingga hati ibu lega. Ibu tak meratap..ibu hanya menangis biarkan airmata bercucuran untuk lepaskan sesuatu yang terpendam di dalam hati. Tak baik kan dik meratap2 di kubur..berdosa.
Yang dimaksud niyahah (meratap) adalah menangisi mayit dengan disertai menghitung-hitung kebaikan-kebaikannya. Ada juga yang mengatakan, maksudnya adalah menangis dengan suara. (Tuhfatul Ahwadzi Syarh Sunan Tirmidzi).
Dan meratap ini sering disertai dengan perkara yang lebih dari menangis, seperti: berteriak, menampar wajah, merobek baju, dan lainnya.
Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang niyahah sebagaimana dalam hadits di bawah ini:
عَنْ أَبِي مَالِكٍ اْلأَشْعَرِيِّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَرْيَعٌ فِي أُمَّتِي مِنْ اَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ لاَ يَتْرُكُوْنَهُنَّ الْفَخْرُ فِيْ اْلأَحْسَابِ وَالطَّعْنُ فِي اْلأَنْسَابِ وَاْلاسْتِسْقَاءُ بِالنَّائِحَةُ إِذَا لَمْ تَتُبْ قَبْلَ مَوْتِهَا تُقُامُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَعَلَيْهَا سِرْبَالٌ مِنْ قَطِرَانٍ وَدِرْعٌ مِنْ جَرَبٍ
Sambung..
Okay, ibu ingat dah.. Semalam ibu buka cerita pasal mendapatkan anak lagi dengan abah. Ibu tanya abah nak pergi jumpa doktor tak sebabnya ibu ni setiap kali nak mengandung, ibu kena jumpa pakar sakit puan. Hanya Ayong aje tanpa ubat subur. Untuk dapatkan Abang dengan Ar Hanis, ibu kena makan ubat subur dalam 2-3 bulan.
Sambung balik perbualan ibu dan abah...
Kemudian abah cakap ikutlah nak pergi atau tak sebab abah tak paksa. Sebenarnya abah takut juga kalau terjadi apa-apa pada ibu, almaklumlah dah masuk era 40. Ibu pun diam..ibu nak cakap yang kalau abah tak beria, ibu lagilah tak berianya sb hati ibu masih tak sanggup menerima pengganti Ar Hanis. Tapi ibu tak sanggup mengeluarkan apa yang terpahat dalam hati ibu.. Seperti biasa ibu tak bisa berbicara tentang Ar Hanis, sebab ibu confirm akan menangis..menangis dan menangis sampai tak boleh berkata2. Semuanya ibu akan telan sendiri, sungguh ibu tak mampu. Ibu tersenyum..ibu tertawa..tapi tiba2 ibu boleh mengalirkan airmata. Mungkin kerana itulah ibu merasa sedih tak tentu pasal, sebab tak terluah.
Bagi ibu kalau Allah kata terbaik buat ibu untuk dapat pengganti Ar Hanis, ibu terima. Tapi kalau tak dapat tu, maknanya Allah tau tu yang terbaik buat ibu. Hati kecil ibu memang tak nakkan sesiapa lagi. Tiada sesiapa yang dapat menggantikan Ar Hanis dalam hati ibu. Ar Hanis begitu kuat, kental, sebati dengan ibu. Kasih sayang ibu pada Ar Hanis hanya Allah yang tahu. Ar Hanis sentiasa berada dekat dengan ibu..dalam hati ibu. Doa ibu setiap kali selepas solat
" Ya Allah, kau terima lah amalan kebaikan aku, kuatkanlah aku untuk terus beristiqomah kepadaMu kerana aku ingin bersama anakku Hanis di SyurgaMu ".
Ibu rasa lebih senang macam sekarang. Ibu rasa Hanis dah berkorban tinggalkan ibu untuk memudahkan ibu beramal kebajikan. Sekarang ibu senang nak kemana-mana. Senang nak ke Masjid setiap malam. Senang ibu bangun di tengah malam untuk solat malam. Hati ibu sudah tenang, sudah ringan kerana ibu tahu Ar Hanis berada di tempat yang mendamaikan di sana. Tiada rasa sakit atau lapar atau rindu kan ibu. Ibu tahu Ar Hanis tak ingat apa-apa pun yang telah ditinggalkan di dunia ini. Ar Hanis tenang setenang tenangnya di alam sana. Ibu tau tu..
0
comments
Labels:
Sayu
Subscribe to:
Posts (Atom)