Hari ni ibu rasa sedih sesangat. Entahlah dik, malam semalam ibu asyik marahkan abang. Kesian abang..asyik kena marah aje, salah tak besar mana pun. Ibu pun tak tahu sebab jadi begitu..tiba2 aje. Selalu macam tu. Pagi tadi selepas hantar abang ke sekolah, ibu terus ke pusara adik. Ibu menangis di situ sehingga hati ibu lega. Ibu tak meratap..ibu hanya menangis biarkan airmata bercucuran untuk lepaskan sesuatu yang terpendam di dalam hati. Tak baik kan dik meratap2 di kubur..berdosa.
Yang dimaksud niyahah (meratap) adalah menangisi mayit dengan disertai menghitung-hitung kebaikan-kebaikannya. Ada juga yang mengatakan, maksudnya adalah menangis dengan suara. (Tuhfatul Ahwadzi Syarh Sunan Tirmidzi).
Dan meratap ini sering disertai dengan perkara yang lebih dari menangis, seperti: berteriak, menampar wajah, merobek baju, dan lainnya.
Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang niyahah sebagaimana dalam hadits di bawah ini:
عَنْ أَبِي مَالِكٍ اْلأَشْعَرِيِّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَرْيَعٌ فِي أُمَّتِي مِنْ اَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ لاَ يَتْرُكُوْنَهُنَّ الْفَخْرُ فِيْ اْلأَحْسَابِ وَالطَّعْنُ فِي اْلأَنْسَابِ وَاْلاسْتِسْقَاءُ بِالنَّائِحَةُ إِذَا لَمْ تَتُبْ قَبْلَ مَوْتِهَا تُقُامُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَعَلَيْهَا سِرْبَالٌ مِنْ قَطِرَانٍ وَدِرْعٌ مِنْ جَرَبٍ
Sambung..
Okay, ibu ingat dah.. Semalam ibu buka cerita pasal mendapatkan anak lagi dengan abah. Ibu tanya abah nak pergi jumpa doktor tak sebabnya ibu ni setiap kali nak mengandung, ibu kena jumpa pakar sakit puan. Hanya Ayong aje tanpa ubat subur. Untuk dapatkan Abang dengan Ar Hanis, ibu kena makan ubat subur dalam 2-3 bulan.
Sambung balik perbualan ibu dan abah...
Kemudian abah cakap ikutlah nak pergi atau tak sebab abah tak paksa. Sebenarnya abah takut juga kalau terjadi apa-apa pada ibu, almaklumlah dah masuk era 40. Ibu pun diam..ibu nak cakap yang kalau abah tak beria, ibu lagilah tak berianya sb hati ibu masih tak sanggup menerima pengganti Ar Hanis. Tapi ibu tak sanggup mengeluarkan apa yang terpahat dalam hati ibu.. Seperti biasa ibu tak bisa berbicara tentang Ar Hanis, sebab ibu confirm akan menangis..menangis dan menangis sampai tak boleh berkata2. Semuanya ibu akan telan sendiri, sungguh ibu tak mampu. Ibu tersenyum..ibu tertawa..tapi tiba2 ibu boleh mengalirkan airmata. Mungkin kerana itulah ibu merasa sedih tak tentu pasal, sebab tak terluah.
Bagi ibu kalau Allah kata terbaik buat ibu untuk dapat pengganti Ar Hanis, ibu terima. Tapi kalau tak dapat tu, maknanya Allah tau tu yang terbaik buat ibu. Hati kecil ibu memang tak nakkan sesiapa lagi. Tiada sesiapa yang dapat menggantikan Ar Hanis dalam hati ibu. Ar Hanis begitu kuat, kental, sebati dengan ibu. Kasih sayang ibu pada Ar Hanis hanya Allah yang tahu. Ar Hanis sentiasa berada dekat dengan ibu..dalam hati ibu. Doa ibu setiap kali selepas solat
" Ya Allah, kau terima lah amalan kebaikan aku, kuatkanlah aku untuk terus beristiqomah kepadaMu kerana aku ingin bersama anakku Hanis di SyurgaMu ".
Ibu rasa lebih senang macam sekarang. Ibu rasa Hanis dah berkorban tinggalkan ibu untuk memudahkan ibu beramal kebajikan. Sekarang ibu senang nak kemana-mana. Senang nak ke Masjid setiap malam. Senang ibu bangun di tengah malam untuk solat malam. Hati ibu sudah tenang, sudah ringan kerana ibu tahu Ar Hanis berada di tempat yang mendamaikan di sana. Tiada rasa sakit atau lapar atau rindu kan ibu. Ibu tahu Ar Hanis tak ingat apa-apa pun yang telah ditinggalkan di dunia ini. Ar Hanis tenang setenang tenangnya di alam sana. Ibu tau tu..

0 comments:
Post a Comment