Sejak Hanis tinggalkan ibu, ibu banyak masa terluang. Hanis taknak susahkan ibu kan? Sebab tu Hanis pergi dulu.. Sekarang ibu rajin ke Masjid untuk solat Subuh dan solat Isyak. Ibu rajin solat malam dan juga baca Al-Quran serta surah-surah dan juga berzikir. Alhamdulillah..ibu harap Allah sudi pandang ibu dan terangi jalan gelap ibu. Ibu nak bersama Hanis di Syurga nanti..bersama abah, ayong dan abang.
Hari ini Khamis malam Jumaat..Hari yang yang ibu nantikan setiap minggu sebab ada bacaan Yasin ramai-ramai dengan jemaah masjid. Selepas solat Isyak ada jamuan makan. Hari ni dalam sejarah, ibu nak buat kuih talam suji..nak jamu jemaah masjid. Kebanyakkan jemaah terdiri dari orang yang agak berusia..sebab tu ibu pilih kuih ni..Ibu harap menjadi dengan bantuan ayong dan abang nanti.
Kemudian esoknya ibu, abah, ayong dan abang akan ke pusara Hanis..kami akan bacakan Yasin sekali bersama-sama dan jiruskan air di pusara Hanis, Atuk dan Alang. Seronok pergi kubur pada pagi Jumaat sebab ramai keluarga datang bacakan Yasin dan jiruskan air Yasin di pusara sedara mara masing-masing. Kira meriah lah Tanah Perkuburan Islam Rompin..
Sekejap lagi ibu nak buat kuih talam suji...Bismilahirahmanirahim..harap2 menjadi.Nanti step2nya akan di share kan gambar berserta resepi yang di copy sekali.
Ni kuih orang..kuih ibu nanti kita share
