Bangkit Kembali- NIKMAT Yang Tidak Dapat Didustakan

6 November 2013.....lamanya tak update blog ni.
6.11.2013 - 6.11.2014 setahun lamanya
7.11.2014 - 7.11.2015 dah masuk 2 tahun
8.11.2015 - 8.12.2015 sebulan

Maknanya selama 2 tahun 1 bulan ( 25 bln) saya tak update blog ni. Kenapa yek? kenapa..kenapa..kenapa..Why?

Pertama sebab terlalu sedih, hilang segala segala-galanya kemahuan hidup.
Bermula dari hari itu, 
Sebahagian hidup saya sudah hilang. Allah dah ambil satu bahagian isi dari hati saya.
Dan bahagian itu kosong tidak boleh ditampal kembali.
Bahagian yang kosong itu adalah bukti kehilangan sebuah kasih sejati melebihi seorang kekasih, tidak melampaui cinta seorang hamba.
Dan  ada waktu kekosongan itu disapa sebuah perasaan dinamakan kerinduan.
Saya tidak akan mampu bernafas mahupun bernyawa.
Saya hanya mampu menggengam erat nama Allah dalam hati. Membujuk jiwa. Mempasakkan iman.
Ada ketika saya terlupa akan bahagian yang kosong itu dalam masa yang berlalu.
Tetapi akan ada waktu yang hadir akan membuatkan kita terjunam di dalam lubang itu.
Dan ketika itu.
Tahulah saya,.
Kekosongan itu pasti.
Tiada ganti.
Tidak berlalu.
Ia wujud.
Dan adanya ia sebagai bukti.
Sebuah kehilangan
Seorang anak.

"Indeed... losing a child, no matter what age makes your heart break in a places that u never knew existed.. to lose a child, is to lose a piece of yourself...."

Iye..terlalu pedih untuk dikongsikan. Biarlah ia berlalu.

Selama 25 bulan banyak perkara indah yang saya kecapi. Bila saya ikhlas meredhakan pemergian Hanis, saya dihujani pelbagai nikmat dan hikmah yang Allah janjikan. MashaAllah..tiada kata dapat menggambarkan, hanya perkataan syukur..syukur dan syukur atas nikmat Allah.

Nikmat2 Yang Allah Nyatakan dalam Surah AR-RAHMAN. Surah Ar-Rahman yakni surah ke 55 ada 78 ayat. 31 daripadanya Allah bertanya: "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?". 31 kali bukanlah satu jumlah yang sedikit. Secara mudah, surah ini menyebutkan banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita. Menurut seorang ahli tafsir yang mengkaji surah ini; beliau mengatakan bahawa pertanyaan Allah ini adalah bertujuan nak minta/dapatkan pengakuan daripada manusia dan jin dengan berkata; "SEMUA NIKMATMU BENAR! YA ALLAH! tidak ada satupun nikmatMu yang dapat kami dustakan". PERINCIAN bagi 31 ayat-ayat itu ialah 8 KALI daripadanya berkaitan dengan nikmat kehidupan di dunia (Langit, bumi, tumbuh2an, pengajian, pekerjaaan dan lain-lain). 7 KALI berkaitan dengan ancaman siksa di akhirat (memberitahu apa jenis siksa agar kita hindari) 8 KALI berkaitan dengan yang ada di syurga pertama (syurga dunia) yakni ketenangan, kebahagiaan, keredhaan berlainan dgn 8 yang mula2 tadi berkaitan dengan material. Dan 8 TERAKHIR berkaitan dgn nikmat di syurga kelak. Kaitan dengan syukur ialah apabila kita pandai bersyukur kepada nikmat pada 8 KALI yang PERTAMA kita akan tidak tertimpa 7 BENCANA yang disebut dalam 7 KALI yang berikutnya. Ya Allah! semua nikmtmu benar ya Allah. Tidak ada satupun nikmatMu yang dapat kami dustakan".

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/f
Kuliyah

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Sedikit petikan Nikmat-Nikmat yang Allah nyatakan dalam Surah SURAH AR-RAHMAN (78 ayat).
31 ayat daripadanya Allah bertanya.

"MAKA YANG MANA SATU DI ANTARA NIKMAT-NIKMAT TUHAN KAMU, YANG HENDAK KAMU DUSTAKAN (WAHAI UMAT MANUSIA DAN JIN?"
31 kali bukanlah satu jumlah yang sedikit. Secara mudah, surah ini menyebutkan banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita. Menurut seorang ahli tafsir (TAK DAPAT NAK CATATKAN NAMANYA KRN KELEMAHANKU mendictate) yang mengkaji surah ini; dia mengatakan bahawa pertanyaan Allah ini adalah bertujuan nak minta/dapatkan pengakuan daripada manusia dan jin dengan berkata; "SEMUA NIKMATMU BENAR! YA ALLAH! tidak ada satupun nikmatMu yang dapat kami dustakan". PERINCIAN bagi 31 ayat2 itu ialah 8 KALI daripadanya berkaitan dengan nikmat kehidupan di dunia (Langit, bumi, tumbuh2an, pengajian, pekerjaaan dan lain-lain). 7 KALI berkaitan dengan ancaman siksa di akhirat (memberitahu apa jenis siksa agar kita hindari) 8 KALI berkaitan dengan yang ada di syurga pertama (syurga dunia) yakni ketenangan, kebahagiaan, keredhaan berlainan dgn 8 yang mula2 tadi berkaitan dengan material. Dan 8 TERAKHIR berkaitan dgn nikmat di syurga kelak.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

31 bukanlah satu jumlah yang sedikit. Secara mudah surah ini menyebutkan banyak nikmat yang Allah beri kepada kita. 

Antara nikmat Allah  yang saya terima :

Dapat menjejak kaki ke tanah suci mengerjakan Umrah sekeluarga bersama suami, ayong dan abang. Kami berempat pergi setelah 9 bulan pemergian Hanis.

 Kami gembira, sedih, pilu..bercampur baur semasa di sana. Saya akan ceritakan dalam update seterusnya nanti.

 Antara nikmat Allah  yang saya terima :

Saya pergi ke Mekah pada bulan Mei 2014. Pada bulan Julai 2014 sebulan selepas itu, saya disahkan MENGANDUNG ! Allahuakbar...nikmat apa lagi yang saya nak dustakan. 

Selama 9 bulan saya mengandung tanpa masalah kecuali dipaksa bersalin pada usia kandungan 38w kerana tekanan darah tinggi sikit 140/90. Turun naik turun naik, doktor tak nak ambil risiko. Bersalin lah saya seorang Malaikat Kecil  yang wajahnya persis Hanis.Baby boy saya ni diberi nama WAN MUHAMMAD IZZ SHAUQI

 Antara nikmat Allah  yang saya terima :

Kehadiran seorang lagi cahaya mata yang comel SYAFI NUR HANNAN diberi nama. Seindah wajahnya. Saya akan pelihara dia sebaik-baiknya dan menyayangi dia sebagaimana saya menyayangi IZZSQ. Juga sebagaimana kasih sayang sayang pada HANIS. 

Tiba-tiba saya mempunyai sepasang kembar yang sungguh comel. Kedua-duanya dilahirkan pada hari Selasa bersamaan 7 April 2015. Indah sungguh dunia saya dengan kehadiran Malaikat Kecil ini.

Ini lah 3 peristiwa besar yang berlaku kepada saya setelah episod pahit dalam hidup saya. Episod pahit akan terus meninggalkan parut di dalam hati bersama kerinduan terhadap HANIS yang tidak pernah berkurangan.

" IBU TIDAK AKAN SEKALI-KALI MELUPAI DIRIMU WAHAI ANAKKU HANIS, PENGHUNI SYURGA. DAMAILAH DIKAU DISANA, DISISI PENCIPTAMU YANG MAHA ESA. IBU MENYIMPAN SERIBU SATU KENANGAN BERSAMA HANIS. DI HARI-HARI AKHIR HANIS MEMEJAMKAN MATA DIBAHU IBU. ALLAHUAKBAR. NANTIKAN IBU DI PINTU SYURGA..."

"Sesungguhnya dariMu kami datang, dan kepadaMu jua kami kembali. Daku memulangkan kepadaMu, Ya Allah, anakku." 

Sekian dulu, come back dari saya.

0 comments:

Post a Comment