PANDORA

Apa saya nak buat selepas Hanis tiada? Saya dah tak perlu beli susu, pampes. Dah tak ada pergi Kuantan atau IJN untuk rawatan Hanis. Duit tak luak. Tak ada mood nak shopping semua.

Suatu hari terpandangkan Pandora. Cantik. Harganya memanglah mahal tapi geram tengok design dia comel2 dan caantik2. So saya try beli satu set. Order dgn Kak Dee Jns masa tu dia pergi USA. Harga dalam 3 ratus lebih kalau tak silap.

Pandora pertama. Simple kan? tapi cantikkkkk sangat.

Tapi gatal-gatal tangan join group Pandora Lovers. Terperangkaplah saya. Gila tengok semua cantik..semua lawo dan yang pasti semua mahal. Syaitan mula menghasut dan mulalah mengorek2 duit mana yang ada.




Nafsu perempuan memang dashyat. Kira-kira beribu jugaklah abis.





Kemudia mood ber pandora hilang ke laut. Malas dah. Kena cari hobi baru pulak. Yang kaler biru, saya punya. Banyak lagi tp gambar dh buang. Semua pandora tersimpan macamtu aje. Kadang-kadang ayong pakai gilir2. Ada kira-kira 4 gelang pandora pada saya. Banyak lagi tapi dah jual. Dapat duit buat guna untuk hobi lain pulak.

Sekian


0 comments:

Post a Comment