Hari ini satu kematian berlaku dalam keluarga Majlis. Kali anak dua orang kakitangan Majlis (suami isteri adalah kakitangan). Berturut-turut kematian menjengah. Mula-mula Ar Hanis awal bulan Ogos 2013..kemudian kakitangan Majlis sendiri Arwah Nana (sakit kanser payudara)..kemudian emak Penolong Akauntan (sakit buah pinggang)..kemudian isteri bekas kakitangan Majlis (sakit kanser payudara) dan yang terbaru anak ni yang sebaya dengan Ayong baru 18 tahun.
Sedihnya Allah je yang tahu, tambah lagi anak ini sorang oku yang amat disayangi keluarganya. Ibu amat memahami apa yang dirasa oleh ibubapa dia. Sekarang ada tambahan ahli baru di Tanah Perkuburan Islam Rompin. Ibu memang selalu memerhati bangsal wakaf tu. Kalau berubah kedudukan mesti ada kematian. Dan ibu rasa seolah-olah kawan Ar Hanis bertambah ramai. Ibu rasa gembira bila ramai yang menziarahi kubur supaya ahli ahli kubur tidak kesepian.
copy & paste
Adab Apabila Berlaku Kematian Ustaz, kadang-kala bila melawat ketempat kematian saya memerhatikan, ada scenario yang agak common berlaku. Ada pelawat yang datang bila bertemu member duduk berkumpul dan mula bercerita perihal yang tidak perlu dibualkan. Ada pernah saya terdengar pelawat ini menanyakan soalan yang sangat peribadi dihadapan tetamu. Ini sangat menjatuhkan air muka anak muda itu.
Apakah sebaik2nya adab ketika melawat bukan ahli keluarga? Untuk keluarga yang dekat atau untuk ibu-bapa bagaimana pula?
Seandainya kita ingin membaca Yasin, mana lebih baik, baca tanpa mengeluarkan suara atau dibolehkan membaca dengan kuat? Ada yang mengatakan suara wanita bila mengaji dikira aurat.
Ada juga yang mengatakan bila mayat diatas katil, kita tidak harus duduk dilantai bila membaca Yasin, tetapi harus duduk diatas kerusi.
Soalan yang terakhir, ialah, sering kali kita lihat setelah mayat keluar dari rumah, keluarga simati akan mula sibuk ke dapur menyiapkan juadah untuk pelawat yang masih ada disitu.
Boleh Ustaz kongsi pandangan mengenai perkara-perkara ini. T/kasih.
Jawapan: Waalaikumsalam Wr.Wb. Saudara, Berikut jawapan saya:
1. Perlu menghormati rumah keluarga yang baru mengalami kematian. Pastikan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan keluarga si mati seperti banyak berlawak jenaka, berbual dengan suara yang tinggi atau bercerita perkara yang bukan-bukan.
2. Elakkan juga terlalu banyak bertanya kepada sanak keluarga si mati seperti bertanyakan sebab-sebab kematian, punca penyakit dan sebagainya. Sebaliknya lakukan perkara-perkara yang boleh menenangkan perasaan mereka seperti ingatan supaya banyak bersabar dan segala yang berlaku merupakan ujian daripada Allah dan balasan serta ganjaran yang sedia menanti bagi orang-orang yang bersabar.
3. Membaca Quran dengan suara yang sederhana, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
4. Sebaiknya keluarga si mati tidak perlu disibukkan dengan urusan memberi jamuan kepada pelawat yang hadir. Jika adapun, boleh dilakukan selepas urusan penyenggaraan mayat telah selamat diselesaikan.
5. Tiada sebarang syarat untuk duduk di atas kerusi membaca Quran jika mayat berada di atas katil.
Wallahu A’lam.
