Kuih Talam Suji

Salam...

Sejak Hanis tinggalkan ibu, ibu banyak masa terluang.  Hanis taknak susahkan ibu kan? Sebab tu Hanis pergi dulu..  Sekarang ibu rajin ke Masjid untuk solat Subuh dan solat Isyak.  Ibu rajin solat malam dan juga baca Al-Quran serta surah-surah dan juga berzikir.  Alhamdulillah..ibu harap Allah sudi pandang ibu dan terangi jalan gelap ibu.  Ibu nak bersama Hanis di Syurga nanti..bersama abah, ayong dan abang.

Hari ini Khamis malam Jumaat..Hari yang yang ibu nantikan setiap minggu sebab ada bacaan Yasin ramai-ramai dengan jemaah masjid.  Selepas solat Isyak ada jamuan makan.  Hari ni dalam sejarah, ibu nak buat kuih talam suji..nak jamu jemaah masjid.  Kebanyakkan jemaah terdiri dari orang yang agak berusia..sebab tu ibu pilih kuih ni..Ibu harap menjadi dengan bantuan ayong dan abang nanti.

Kemudian esoknya ibu, abah, ayong dan abang akan ke pusara Hanis..kami akan bacakan Yasin sekali bersama-sama dan jiruskan air di pusara Hanis, Atuk dan Alang.  Seronok  pergi kubur pada pagi Jumaat sebab ramai keluarga datang bacakan Yasin dan jiruskan air Yasin di pusara sedara mara masing-masing.  Kira meriah lah Tanah Perkuburan Islam Rompin..

Sekejap lagi ibu nak buat kuih talam suji...Bismilahirahmanirahim..harap2 menjadi.Nanti step2nya akan di share kan gambar berserta resepi yang di copy sekali.



Ni kuih orang..kuih ibu nanti kita share


Hari ini satu kematian berlaku dalam keluarga Majlis. Kali anak dua orang kakitangan Majlis (suami isteri adalah kakitangan). Berturut-turut kematian menjengah. Mula-mula Ar Hanis awal bulan Ogos 2013..kemudian kakitangan Majlis sendiri Arwah Nana (sakit kanser payudara)..kemudian emak Penolong Akauntan (sakit buah pinggang)..kemudian isteri bekas kakitangan Majlis (sakit kanser payudara) dan yang terbaru anak ni yang sebaya dengan Ayong baru 18 tahun.

Sedihnya Allah je yang tahu, tambah lagi anak ini sorang oku yang amat disayangi keluarganya. Ibu amat memahami apa yang dirasa oleh ibubapa dia. Sekarang ada tambahan ahli baru di Tanah Perkuburan Islam Rompin. Ibu memang selalu memerhati bangsal wakaf tu. Kalau berubah kedudukan mesti ada kematian. Dan ibu rasa seolah-olah kawan Ar Hanis bertambah ramai. Ibu rasa gembira bila ramai yang menziarahi kubur supaya ahli ahli kubur tidak kesepian.

copy & paste

Adab Apabila Berlaku Kematian Ustaz, kadang-kala bila melawat ketempat kematian saya memerhatikan, ada scenario yang agak common berlaku. Ada pelawat yang datang bila bertemu member duduk berkumpul dan mula bercerita perihal yang tidak perlu dibualkan. Ada pernah saya terdengar pelawat ini menanyakan soalan yang sangat peribadi dihadapan tetamu. Ini sangat menjatuhkan air muka anak muda itu.

Apakah sebaik2nya adab ketika melawat bukan ahli keluarga? Untuk keluarga yang dekat atau untuk ibu-bapa bagaimana pula?

Seandainya kita ingin membaca Yasin, mana lebih baik, baca tanpa mengeluarkan suara atau dibolehkan membaca dengan kuat? Ada yang mengatakan suara wanita bila mengaji dikira aurat.

Ada juga yang mengatakan bila mayat diatas katil, kita tidak harus duduk dilantai bila membaca Yasin, tetapi harus duduk diatas kerusi.

Soalan yang terakhir, ialah, sering kali kita lihat setelah mayat keluar dari rumah, keluarga simati akan mula sibuk ke dapur menyiapkan juadah untuk pelawat yang masih ada disitu.

Boleh Ustaz kongsi pandangan mengenai perkara-perkara ini. T/kasih.

Jawapan: Waalaikumsalam Wr.Wb. Saudara, Berikut jawapan saya:

1. Perlu menghormati rumah keluarga yang baru mengalami kematian. Pastikan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan keluarga si mati seperti banyak berlawak jenaka, berbual dengan suara yang tinggi atau bercerita perkara yang bukan-bukan.

2. Elakkan juga terlalu banyak bertanya kepada sanak keluarga si mati seperti bertanyakan sebab-sebab kematian, punca penyakit dan sebagainya. Sebaliknya lakukan perkara-perkara yang boleh menenangkan perasaan mereka seperti ingatan supaya banyak bersabar dan segala yang berlaku merupakan ujian daripada Allah dan balasan serta ganjaran yang sedia menanti bagi orang-orang yang bersabar.

3. Membaca Quran dengan suara yang sederhana, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

4. Sebaiknya keluarga si mati tidak perlu disibukkan dengan urusan memberi jamuan kepada pelawat yang hadir. Jika adapun, boleh dilakukan selepas urusan penyenggaraan mayat telah selamat diselesaikan.

5. Tiada sebarang syarat untuk duduk di atas kerusi membaca Quran jika mayat berada di atas katil.

Wallahu A’lam.

Bila Kesayuan Datang Menghimpit



Hari ni ibu rasa sedih sesangat. Entahlah dik, malam semalam ibu asyik marahkan abang. Kesian abang..asyik kena marah aje, salah tak besar mana pun.  Ibu pun tak tahu sebab jadi begitu..tiba2 aje.  Selalu macam tu.  Pagi tadi selepas hantar abang ke sekolah, ibu terus ke pusara adik. Ibu menangis di situ sehingga hati ibu lega. Ibu tak meratap..ibu hanya menangis biarkan airmata bercucuran untuk lepaskan sesuatu yang terpendam di dalam hati.  Tak baik kan dik meratap2 di kubur..berdosa.

Berdasarkan zhahir hadits di bawah, perempuan boleh menangis pada waktu berziarah kubur sebagaimana laki-laki, karena pada asalnya hukum yang dibolehkan bagi laki-laki juga dibolehkan bagi perempuan, kecuali dalil yang mengkhususkannya. Akan tetapi tangisan itu tidak boleh sampai niyahah.
Yang dimaksud niyahah (meratap) adalah menangisi mayit dengan disertai menghitung-hitung kebaikan-kebaikannya. Ada juga yang mengatakan, maksudnya adalah menangis dengan suara. (Tuhfatul Ahwadzi Syarh Sunan Tirmidzi).
Dan meratap ini sering disertai dengan perkara yang lebih dari menangis, seperti: berteriak, menampar wajah, merobek baju, dan lainnya.
Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang niyahah sebagaimana dalam hadits di bawah ini:
عَنْ أَبِي مَالِكٍ اْلأَشْعَرِيِّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَرْيَعٌ فِي أُمَّتِي مِنْ اَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ لاَ يَتْرُكُوْنَهُنَّ الْفَخْرُ فِيْ اْلأَحْسَابِ وَالطَّعْنُ فِي اْلأَنْسَابِ وَاْلاسْتِسْقَاءُ بِالنَّائِحَةُ إِذَا لَمْ تَتُبْ قَبْلَ مَوْتِهَا تُقُامُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَعَلَيْهَا سِرْبَالٌ مِنْ قَطِرَانٍ وَدِرْعٌ مِنْ جَرَبٍ

Sambung..

Okay, ibu ingat dah.. Semalam ibu buka cerita pasal mendapatkan anak lagi dengan abah.  Ibu tanya abah nak pergi jumpa doktor tak sebabnya ibu ni setiap kali nak mengandung, ibu kena jumpa pakar sakit puan.  Hanya Ayong aje tanpa ubat subur. Untuk dapatkan Abang dengan Ar Hanis, ibu kena makan ubat subur dalam 2-3 bulan.

Sambung balik perbualan ibu dan abah...

Kemudian abah cakap ikutlah nak pergi atau tak sebab abah tak paksa. Sebenarnya abah takut juga kalau terjadi apa-apa pada ibu, almaklumlah dah masuk era 40. Ibu pun diam..ibu nak cakap yang kalau abah tak beria, ibu lagilah tak berianya sb hati ibu masih tak sanggup menerima pengganti Ar Hanis.  Tapi ibu tak sanggup mengeluarkan apa yang terpahat dalam hati ibu.. Seperti biasa ibu tak bisa berbicara tentang Ar Hanis, sebab ibu confirm akan menangis..menangis dan menangis sampai tak boleh berkata2. Semuanya ibu akan telan sendiri, sungguh ibu tak mampu. Ibu tersenyum..ibu tertawa..tapi tiba2 ibu boleh mengalirkan airmata.  Mungkin kerana itulah ibu merasa sedih tak tentu pasal, sebab tak terluah.

Bagi ibu kalau Allah kata terbaik buat ibu untuk dapat pengganti Ar Hanis, ibu terima. Tapi kalau tak dapat tu, maknanya Allah tau tu yang terbaik buat ibu.  Hati kecil ibu memang tak nakkan sesiapa lagi. Tiada sesiapa yang dapat menggantikan Ar Hanis dalam hati ibu.  Ar Hanis begitu kuat, kental, sebati dengan ibu.  Kasih sayang ibu pada Ar Hanis hanya Allah yang tahu. Ar Hanis sentiasa berada dekat dengan ibu..dalam hati ibu. Doa ibu setiap kali selepas solat

" Ya Allah, kau terima lah amalan kebaikan aku, kuatkanlah aku untuk terus beristiqomah kepadaMu kerana aku ingin bersama anakku Hanis di SyurgaMu ".

Ibu rasa lebih senang macam sekarang. Ibu rasa Hanis dah berkorban tinggalkan ibu untuk memudahkan ibu beramal kebajikan.  Sekarang ibu senang nak kemana-mana. Senang nak ke Masjid setiap malam. Senang ibu bangun di tengah malam untuk solat malam. Hati ibu sudah tenang, sudah ringan kerana ibu tahu Ar Hanis berada di tempat yang mendamaikan di sana. Tiada rasa sakit atau lapar atau rindu kan ibu. Ibu tahu Ar Hanis tak ingat apa-apa pun yang telah ditinggalkan di dunia ini. Ar Hanis tenang setenang tenangnya di alam sana. Ibu tau tu..